Minggu, 16 Oktober 2011

LOMPAT TINGGI

Lompat Tinggi Gaya Guling Perut | Straddle

Posted 19 days ago

Olahraga atletik pada nomor lompat selain lompat jauh salah satunya adalah Lompat Tinggi. Pengertian lompat tinggi adalah suatu gerakan yang diawali dengan lari, menumpu, dan menolak dengan salah satu kaki setinggi-tingginya untuk melewati mistar yang telah dipasang di atas penompang tiang lompat dengan gaya tertentu.

Teknik dasar dalam lompat tinggi meliputi :
Awalan
Pengambilan awalan biasanya menggunakan 3 langkah, 5 langkah, 7 langkah dan seterusnya. Tetapi jarak awalan itu 10 – 15 meter. Dan yang paling penting lanhkah terakhir di percepat, langkah dipanjangkan serta badan lebih rendah melenting ke belakang (lean back).

Tolakan
3 langkah yang terakhir harus cepat serta langkah panjang. Pada waktu akan menolak, tungkai yang akan dipakai untuk menolak diluruskan kedepan dimulai dengan tumit yang terkena tanah.

Sikap badan diatas mistar
Sikap badan di atas mistar, setelah tungkai yang diayunkan berada di atas mistar bedan dibalikkan, perut menghadap ke mistar, tungkai tolak dilipat, lutut digerakan terbuka ke samping ke atas, lengan kanan ke bawah mistar, kepala dijatukan miring di bawah mistar.

Sikap mendarat
Pada saat di atas mistar seolah-olah tidur telungkup, kepala segera diturunkan dan aki tumpu diluruskan atau disepakan ke belakang atas.

Faktor-faktor yang mempengaruhi lompat tinggi
Faktor kondisi fisik, antara lain : tenaga lompat, daya reaksi, kemudahan gerak, dan kelincahan.
Faktor teknik, antara lain: ancang-ancang, lepas tapak, cara melampaui bilah, dan pendaratan.

[sunting] Gaya-gaya

Asas lompatan yang baik adalah kebolehan peserta untuk menukar momentum tegak yang akan menaikkan badan peserta melepasi palang. Oleh itu, penujuan dan lonjakan yang tepat sangat penting dalam acara lompat tinggi. Gaya-gaya lompat tinggi yang biasa digunakan oleh peserta ialah gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana, dan gaya Fosbury Flop.
Dalam abad ke-19 , peserta lompat tinggi melompat dan mendarat di atas tanah yang berumput dengan menggunakan gaya gunting, iaitu dengan cara membelakang. Gaya ini banyak mendatangkan kecederaan kepada para peserta. Peserta yang menggunakan gaya Fosbury Flop telah berjaya mencatatkan rekod dalam acara lompat tinggi. Biasanya atlet yang mengambil bahagian dalam acara lompat tinggi mempunyai susuk badan yang kurus dan tinggi lampai.

[sunting] Latihan dan Alat Bantu

Anda yang ingin mengambil bahagian dalam acara ini, perlu berlatih untuk memantapkan gaya dan cara larian yang konsisten. Kemudian barulah anda boleh mempelajari pula fasa lonjakan(take-off), layangan, dan mendarat. Alat-alat bantu seperti tilam ketangkasan, tali menggantung bola (latih melonjak), skitel, tandaan, tali palang, dan tiang adalah sangat diperlukan untuk memberi daya keyakinan.
Anda perlu membuat latihan dengan aras ketinggian mula yang rendah, kerana latihan yang sedemikian akan meyakinkan diri dan membetulkan teknik lari, lonjak, layang, dan mendarat.

[sunting] Gaya Fosbury

Dalam gaya Fosbury Flop misalnya, larian konsisten, kelembutan, lentikan, anjalan, dan koordinasi adalah perkara yang sangat dititikberatkan, untuk mencipta sesuatu lompatan yang lebih tinggi dan sempurna.

[sunting] Jaguh Negara Malaysia dan Kejayaan

Negara kita misalnya, memang sudah terkenal dengan jaguh-jaguh dalam acara lompat tinggi. Pelompat-pelompat seperti Arifin Rahmat, Baljit Singh Sidhu, Ho Yon Wah, dan wanita seperti Glady Chai Ng Mei dan Shabana Khanum sudah dikira terkenal di Malaysia dalam acara ini.
Atlet negara, Shabana Khanum berjaya melepasi palang pada ketinggian 1.73 meter untuk meraih pingat emas dalam acara lompat tinggi wanita, Kejohanan Olahraga Terbuka Pulau Pinang tahun lalu.
Malaysia juga disegani di rantau Asia Tenggara dalam acara lompat tinggi. Sudah ramai atlet negara Malaysia yang telah berjaya meraih pingat emas dalam acara lompat tinggi. Namun begitu, negara Malaysia masih lagi mencari bakat-bakat, yang dapat diketengahkan di peringkat kejohanan yang lebih tinggi, bagi mewarisi peninggalan atlet sekarang, pada masa hadapan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar